Setiap yang bernyawa pasti dan pasti merasai MAUT. Walau sekuat dan
sesihat mana kita selalu, MAUT datang tanpa diduga dan menjemput dengan pelbagai
cara mengikut amalan masing-masing. MAUT tidak
mengira usia, kalau telah ketentuan illahi
tiada siapa boleh menghalangnya.
Telah seminggu arwah opah kesayangan yeop dijemput Allah S.W.T, yeop masih terasa sayu dan pilu
bila terkenang arwah yang pernah menjaga
yeop ketika waktu kecil dahulu (the
memories still fresh within me).
Waktu kecil, yeop dijaga oleh kedua-dua
nenek (belah ayah dan ibu). Masa tadika nenek belah mak yang jaga (telah arwah),
selepas itu darjah satu hingga tiga dijaga oleh opah belah ayah. Mereka sangat
berjasa bagi yeop selepas famili.
Yeop sempat pergi ke hospital
untuk mengunjunginya sebelum arwah "pergi" keesokan harinya. Hari tu
yeop agar sibuk dengan masalah projek akhir tahun,
setelah dapat panggilan yang tidak diduga pagi itu, yeop terus bergerak ke
hospital (Alhamdulillah hari itu tak ada
kelas).
Setiba yeop disana, telah ramai saudara-mara berkumpul di wad opah. Yeop
terus kesisi opah lalu membaca surah yassin untuknya.
Bacaan yeop agak perlahan dan tersekat-sekat kerana yeop tak dapat nak tahan air mata yang sangat deras mengalir ke pipi, ramai
saudara yang turut menangis
melihat yeop. Suasana yang sangat pilu menyelubungi wad opah.
Peratusan
opah untuk selamat sangat tipis, kami hanya
mampu membaca yassin dan berdoa agar dimudahkan segalanya. Semua persiapan khairat kematian telah dirancang dari
awal lagi agar segalanya berjalan lancar. Alhamdullilah,
arwah opah telah selamat dikebumikan, moga arwah dirahmati Allah
dan bersama para solehah (Amin).
0 kritikan:
Post a Comment