Duhai perindunya yang mendambarkan keberkatannya, janganlah bersedih dan teruskan
berbuat ibadah hingga ke saat terakhir ramadan pada tahun ini. Bagi sang perindu ramadan, mereka akan sangat
bersedih kerana takut tidak dapat bertemu dengan ramadan akan datang. Sebaliknya, ada juga sebahagian dari mereka yang
sangat bergembira disaat akhir ramadan
kerana menantikan hari raya (1 syawal)
lain pula ceritanya. Kegembiraan ini bukan suatu yang salah tetapi sejauh mana pencapaian kita di
bulan ramadan hingga membuatkan kita bangga dan tersenyum gembira pada pagi syawal? tepuk dada tanya iman.
Pesanan ini juga ditujukan kepada diri yang hina dan lemah ini. Sama-sama lah kita mengambil iktibar dan berdoa agar amalan kebaikan yang kita lakukan di bulan ramadan ini diterima Allah SWT dan dengan rahmat-Nya yang tidak terkira kita
diketemukan di ramadan mendatang. Insha Allah
0 kritikan:
Post a Comment