Ramadan telah
lama melabuhkan tirai keberkatannya, syawal muncul berwajah ceria. Pada tahun ini, famili
yeop menyambut aidil fitri dengan senderhana. Terselit suka dan duka
disebalik hari kemenangan umat islam ini. Pada tahun ini juga, famili yeop
memilih untuk memakai pakaian raya sedondon kelabu (ramai pulak yang sama).
Sambutan yang serdahana kerana kedua-dua grandparents (uzur) belah mak dan bapak beraya di Kay-eLL. Oleh itu, mungkin untuk pertama-tama kali nya kami bersolat raya di puchong (agak kekok). Lepas solat raya kami bergambar di rumah dan bersiap untuk bertolak pulang ke kampung.Selapas
tiga hari beraya di kampung, kami pun pulang ke puchong semula.
Kenangan
yang
bermakna bagi yeop pada raya kali ini adalah ketika menyertai konvoi raya x-teknik KL. Sudah lama yeop tidak
bersua muka dengan kawan-kawan seperjuangan SPM dahulu.
Kebanyakannya yeop tidak berjumpa setelah tamat spm pada 2007 dulu (4
tahun lepas). Kami beraya di rumah cikgu-cikgi yang masih menjadi warden di
sekolah kami.
Sangat teruja dan yeop
berharap konvoi pada tahun hadapan akan lebih gempaq dan disertai lebih ramai
kawan-kawan lama.
0 kritikan:
Post a Comment