Monday, April 25, 2011

REAKSI KELAKAR SYAITAN


1.    Ketika anda membawa Al-Quran, respon syaitan ialah biasa-biasa saja tengok je..
2.   Ketika anda membukanya, syaitan mulai curiga.
3.   Ketika anda membacanya, syaitan resah dan gelisah.
4.   Ketika anda memahaminya, syaitan mula terkejang-kejang
5.   Ketika anda mengamalkan Al-Quran dlm kehidupan setiap hari. syaitan stroke. Teruskan membaca Al-Quran & mengamalkannya agar syaitan terus stroke.

Reaksi syaitan berbeza mengikut amalan yang dilakukan oleh setiap muslim.  "Wallahua'lam bi shawab"  

Tuesday, April 19, 2011

AKIBAT BANYAK MAKAN

  • Keras hati dan memadamkan ilmu Allah SWT.
  • Lahir perasaan bimbang, lupa daratan, melihat perkara haram dan semua perbuatan menjadi hampa.
  • Malas beribadat dan boleh menyebabkan lumpuh.
  • Akal dan Ilmu menjadi sempit.
  • Hilang kemanisan beribadat dan hilang perasaan rindu kepada Allah SWT.
  • Menjerumuskan diri kepada perbuatan syubahat dan haram.
  • Kurang berdakwah dan kurang beriktikaf dalam masjid.
  • Susah berurusan di akhirat dan menghadapi kesukaran apabila Sakartul Maut datang menjemput.
  • Pahala daripada Allah SWT berkurangan.
  • Allah akan banyak bertanya kepadanya, sehingga jiran yang lapar akan mengakibatkan kita juga menanggung dosa.Kerana disaat kita kenyang sedangkan jiran kita berlapar.
(Minhajul Abidin m/s : 203)-peribadirasulullah.wordpress

Sunday, April 10, 2011

RAKET BARUKU

Sem ni yeop beli raket baru pulak setelah kasut futsal baru. Entah tetibe je sem ni kekawan yeop semangat membara hendak main badminton dari futsal. Mungkin terdapat beberapa faktor sekeliling yang membuat mereka berganjak ke salah satu permainan kegemaran yeop ni (sangat gumbira). Almaklum la badminton ni antara permainan yang yeop mahir (bangga)


Sem lepas diaorang ni demam futsal..sekarang selesa badminton lak (macam-macam penyakit) . Mungkin tiada tempat yang sesuai untuk bermain futsal diasrama merupakan factor dan ditambah pula juga dengan harga court yang mahal (tension tol). Futsal tetap futsal tapi kami lebih kepada badminton sekarang. Dalam mengambil kesempatan ini yeop sekali lagi ingin mewawarkan yeop sudah beli raket baru yang lebih mantap dari raket yeop yang lame (powernya)

raket baru
CARLTON AIRBLADE
 Raket gosen ni telah menabur jasa dan bakti untuk yeop sepanjang dua tahun (jasamu tidak akanku lupakan)

raket lama
GOSEN GRAPOWER

Saturday, April 9, 2011

HEBATNYA KESABARAN & NIAT MURNI

Pada suatu hari, ketika keadaan masih gelap, seorang lelaki muda bangun di awal pagi utk solat subuh di masjid. Dia berpakaian, berwuduk dan berjalan menuju masjid. Di tengah jalan lelaki itu terjatuh dan pakaiannya kotor. Dia bangkit lalu membersihkan bajunya dan pulang ke rumah. Di rumah, dia memakai baju baru, berwuduk kembali, dan berjalan semula menuju ke masjid.

Dlm perjalanan ke masjid, dia terjatuh lagi di tempat yg sama. Dia sekali lagi bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia sekali lagi menukar baju, berwuduk dan berjalan lagi menuju ke masjid.Di pertengahan jalan, dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu. Dia menyapa,

Lelaki muda    : saudara disana!
Saudara baru : Saya melihat kamu terjatuh 2 kali di perjalanan menuju ke masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan kamu.
Lelaki muda    : terima kasih, mari kita ke masjid sama-sama

Saat sampai di masjid, lelaki muda itu mengajak teman barunya yang membawa lampu tadi untuk masuk bersolat subuh bersamanya. Lelaki tadi menolak. Berkali-kali diajak tetapi jawapannya sama.

Lelaki muda    : Mari kita solat subuh berjemaah
Saudara baru : tak per la. Awak pergi le sorang

Lelaki muda bertanya, kenapa menolak untuk masuk bersolat. Lelaki pembawa lampu menjawab

Saudara baru : Aku adalah Syaitan

Lelaki muda itu sungguh terkejut..!
Syaitan menjelaskan,

 ''Aku melihat kamu berjalan ke masjid,dan akulah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah mengampunkan semua dosamu.Aku membuatmu jatuh kedua kalinya, dan itupun tidak membuat kamu berubah fikiran tetapi tetap kembali menuju ke masjid.Kerana itu, Allah mengampunkan dosa seluruh keluargamu.Aku sangat khuatir jika aku membuatmu jatuh ketiga kalinya, mungkin Allah akan mengampunkan dosa seluruh penduduk desamu, jadi aku harus memastikan bahwa kamu sampai ke masjid dgn selamat”

MORAL :
Jangan abaikan suatu niat baik yg kita mahu lakukan, kerana kita tidak pernah tahu ganjaran yg bakal kita perolehi dari segala kesulitan yg kita hadapi demi melaksanakan niat baik tersebut.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...