Thursday, June 30, 2011

WANITA SOLEHAH


WANITA SOLEHAH :
Melukis kekuatan melalui masalahnya
Tersenyum di saat tertekan
Tertawa di saat hati sedang menangis
Tabah di saat terhina
Mempersona kerana memaafkan
Mengasihi tanpa meminta belas
Bertambah kuat dalam doa & pengharapan illahi

Monday, June 27, 2011

JIKA SUAMI SAYANGKAN ISTERI


Jika suami sayangkan isteri, kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri, diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri, yang gemuk dikata seksi
Jika
suami sayangkan isteri, sentiasa jujur perihal diri
Jika
suami sayangkan isteri, cintanya suci tidak luntur

Thursday, June 23, 2011

TANDA JAUH DARI ALLAH


Antara tanda-tanda yang ketara berlaku adalah:

1. Fikiran cepat serabut
2. Cepat rasa marah
3. Selalu merasa bosan..
4. Banyak masalah kewangan (Poket kering)
5. Hutang keliling pinggang
7. Hilang/pudar kecantikan dalaman dan luarannya
8. Dihina dan dipinggirkan orang
9. Wajahnya penuh kusut dan kusam
10. Riang di hdpan orang tetapi menangis bila bersendirian
11. Masalah datang sili berganti
12. Lambat/sukar dapat jodoh
13. Sukar/tidak mendapat zuriat
14. Tidak merasa puas
15. Hilang arah tujuan kehidupan
16. Bahagia yang sementara
18. Kesukaran dalam pelbagai urusan kehidupan
19. Melakukan tanggungjawab dengan hati yang terpaksa dan tidak ikhlas
20. Nikmat Allah S.W.T yang sedia ada di hadapannya dilihat satu perkara yang biasa-biasa sahaja..dan tidak merasa bersyukur dengannya

Terdapat banyak lagi belengu-belengu kehidupan di dunia yang dihadapi pleh seseorang yang jauh dari hidayah Allah S.W.T

Semoga ini dpt membantu kita muhasabah diri dan menilai sama ada antara perkara di atas berlingkar dlm kehidupan kita.....Wallahua'lam bi shawab

Tuesday, June 21, 2011

KUCINGKU SAYANG


Nama kucing ini baby



Kucing ini sangat manja


Lepas melantak selepas itu tidow

Monday, June 13, 2011

REJAB MENJELMA KEMBALI

Dari Anas bin Malik R.A. berkata, bahwa Rasulullah S.A.W apabila masuk bulan Rejab selalu berdoa,


Allahuma bariklana fii rajab wa sya’ban, wa balighna Ramadhan.”
(Ya Allah, berkahilah kami pada bulan Rejab dan Sya’ban; dan sampaikan kami ke bulan Ramadhan. (HR. Ahmad dan Tabrani)

Rejab bulan menabur benih
Sya'ban bulan menyiram tanaman
Ramadan bulan menuai

Rejab menyuci badannya
Sya'ban menyucikan hati
Ramadan menyucikan rohnya

Rejab bulan marghfirah
Sya'ban bulan syafaat
Ramadan bulan menggandakan kebajikan

Rejab bulan taubat
Sya'ban bulan muhibbah
Ramadan dilimpahi pahala amalan seperti hujan mencurah banyaknya

Rejab digandakan 70 pahala
Sya'ban diganda 700 pahala
Ramadan diganda 1000 pahala

(p/s - perbandingan antara keistimewaan tiga bulan islam diatas adalah contoh dan terdapat dalam banyak versi, tambahan pula sengaja direka-reka untuk membezakan keistimewaan bulan-bulan ini, oleh itu kekawan kene perlu peka tentang kesahihan hadith-hadith ini) 

Saturday, June 11, 2011

EXAM OVER = FREEDOM


hoorey! habis jugak exam untuk semester ini. Leganya rasa dihati, rasa macam burung yang baru lepas dari sangkar. Yeop harap cuti semester yang hanya sebulan ini, dapat diisi dengan aktiviti yang bagus lagi berfaedah. Baru je nak panaskan punquq kat rumah dah kne belaja balik (hurm...), memandangkan yeop study kat IPTS, memang tak merasa le nak cuti semester lelame macam sahabat-sahabat yeop yang di IPTA (cuti 4 bulan kot). Tak kisah la berapa lama cuti semester, janji kekawan penuhi masa lapang dengan seberapa banyak aktiviti yang membawa kepada kebaikan untuk diri sendiri dan juga orang lain. 

Friday, June 10, 2011

RASULULLAH ≠ MANUSIA BIASA


Rasulullah sedikit tidur
kita sikit-sikit tidur

Rasulullah sedikit makan
kita sikit-sikit makan

Rasulullah sedikit marah
kita sikit-sikit marah

Rasulullah sedikit bergurau
kita sikit-sikit bergurau

Rasulullah sikit-sikit beramal
kita sedikit beramal

Rasulullah sikit-sikit berkorban untuk islam
kita sedikit pengorbanan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...