Tuesday, May 24, 2011

AL-KHAWARIZMI + MATEMATIK = WANITA TERBAIK


Muhammad Ibn Musa al-Khawarizmi (Al-Khawarizmi) yang merupakan seorang ahli matematik islam yang terkenal dengan konsep algebra telah  ditanya tentang ciri-ciri wanita terbaik. Beliau menjawab :


Jika wanita solehah dan beragama             = 1
Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1            = 10
Jika dia kaya, tambah lagi 0                      = 100
Jika dia dari keturunan baik, tambah lagi 0 = 1000


Sekiranya yang "1" tiada, maka tiada bernilai lagi seseorang itu dimatanya lelaki, apa yang tersisa pada wanita tersebut cuma "0"

Friday, May 20, 2011

DOA RINGKAS YANG PENUH BERMAKNA



Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Tenang diri sejenak dengan muhasabah diri atas segala kesalahan yang pernah dilakukan terutama dengan ibu bapa

Warhamni (sayangi aku)
Diam dan tundukkanlah diri kita untuk menerima kasih-sayang Allah yang tak terhitung besarnya. Kasih sayang yang membawa keberkatan di dunia dan di akhirat.

Wajburnii (tutuplah aib-aibku)
Janganlah membuka aib yang Allah telah tutup. Mintalah perlindungan dari kecelaan dan keburukan perbuatan dari Allah.

Warfa’nii (angkatlah darjatku)
Mohonlah supaya darjat kita diangkat menjadi hamba Allah yang saleh/solehah.

Warzuqnii (berilah aku rezeki)
Ingatlah, Allah  lah yang memberi Rezeki dan kejayaan. Bersyukurlah pada setiap masa.

Wahdinii (berilah aku petunjuk)
Mohonlah petunjuk dan hidayah Allah  supaya di tunjuki jalan yang di redhai Allah .

Wa’Aafinii (sihatkan aku)
Mohonlah kesihatan supaya kita dapat beribadah dan berbakti kepada orang lain

Wa’fuannii (maafkan aku)
Mohon keampunan dari Allah  setiap masa.

Setelah selesai, diamlah sejenak lalu sampaikan rasa syukur kita kepada 
Allah . Betapa besarnya nilai sebuah doa ini

Monday, May 2, 2011

BISIKAN SYAITAN KEPADA AHLI IBADAH

  • Syaitan melarang manusia taat kepada Allah SWT.
  • Syaitan memujuk manusia supaya tidak mentaati Allah SWT.
  • Syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan supaya berpeluang melakukan amalan kebaikan yang lain pula.
  • Kemudian Syaitan menyuruh manusia supaya menjalankan amalan  baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain.
  • Setelah itu, Syaitan membisikkkan pujian kepada orang yang beramal kerana akan mendapat darjat yang tinggi, cerdik adalam mengurus kehidupan dan telah mencapai kesempurnaan dalam hidup.
  • jika gagal, Syaitan akan memasukkan sedikit perasaan riak atau takabbur.
  • Jika gagal maka Syaitan akan membisikkan, bahawa janganlah kamu menyusahkan diri kamu dalam beribadat, kerana Allah telah menetapkan kamu bahagia semenjak azali lagi, maka jika meninggalkan ibadat pun kamu tetap akan hidup dalam bahagia. Jika kamu banyak beribadat sedangkan Allah telah menetapkan kehidupan kamu celaka, maka hidup kamu akan celaka kerana Allah Maha Berkuasa dalam semua perkara..
Minhajul Abidin . M/S: 141 -peribadirasulullah.wordpress
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...