Wednesday, December 26, 2012

KAMI LELAKI


Lelaki bukan BANK,
nak apa main order je. Bila dapat, terima kasih pun tak ucap.

Lelaki bukan KASUT,
yang awak suka-suka je nak tukar2 setiap hujung minggu.

Lelaki bukan TUNGGUL ,
awak datang bila awak memerlukan, then awak tinggalkan dia.

Lelaki bukan ROBOT,
yang awak suka arah-arah dia itu dan ini.

Lelaki bukan HARIMAU,
Bukan garang pun, adakalanya manja perlukan perhatian.

Lelaki bukan CEWINGUM,
bila manis awk kunyah, bila hilang manis awk haqtuihh mcmtu je.

Lelaki itu bukan BADUT ,
untuk hiburkan awk supaya awk ketawa sepanjang masa.

HARGAILAH INSAN BERNAMA Lelaki!
p/s - Perkara di atas berlaku kepada segelintir pasangan sahaja.
Diharap perkara ini tidak berlaku kepada pasangan yang bergelar “suami & isteri

Friday, November 16, 2012

JANGAN TERIKUT


Jangan ikut TARZAN
sebab suka sangat TAK JAGA AURAT,

Jangan ikut CINDERELLA
sebab suka sangat balik LEWAT MALAM

Jangan ikut PINOCCHIO
sebab suka sangat MENIPU

Jangan ikut ALADDIN
sebab suka sangat MENCURI

Jangan ikut SUPERMAN
sebab suka sangat pakai PAKAIAN KETAT

Jangan ikut SNOW WHITE
sebab suka sangat SERUMAH DENGAN LELAKI

Jangan ikut SLEEPING BEAUTY
sebab suka sangat TIDUR(MALAS)


Jadi, ikutlah ALIM ULAMA' yang menjadi pewaris tinggalan NABI S.A.W

Sunday, November 4, 2012

BATERI IMAN ANDA

Iman Anda Sudah Low ni

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║██░░░░░Battery Low ░░░░░─ ║║║
║║██░░░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

▂ ▄ ▅ ▇ █ Charging Iman  █ ▇ ▆ ▄ ▂

سبحان الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║████░░░Battery Low ░░░░░─║║║
║║████░░░░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الحمد لله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████░░░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████Battery Low ░░░░░─ ║║║
║║███████░░░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا إله إلا الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████░░░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║█████████tery Low ░░░░░─ ║║║
║║█████████░░░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

الله أكبر

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║███████████░░░░░░░░░╚╗╚╗
║║███████████y Low ░░░░░─║║║
║║███████████░░░░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

أستغفر الله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║██████████████░░░░░░╚╗╚╗
║║██████████████ ░░░░░░─║║║
║║██████████████░░░░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

لا حول و لا قوة إلا بالله

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║█████████████████░░░╚╗╚╗
║║█████████████████░░░─║║║
║║█████████████████░░░╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

اللهم صل على سيدنا محمد

╔══════════════════════╗
║╔════════════════════╗╚╗
║║████████████████████╚╗╚╗
║║███████ Battery Full ██████─║║║
║║████████████████████╔╝╔╝
║╚════════════════════╝╔╝
╚══════════════════════╝

Sudah Full ! Amin Alhamdulillah,
sedar tak sedar anda telah berzikir & berselawat
Charge Iman Anda sekarang

Thursday, October 25, 2012

KAU PERGI JUE


Setiap yang bernyawa pasti dan pasti merasai MAUT. Walau sekuat dan sesihat mana kita selalu, MAUT datang tanpa diduga dan menjemput dengan pelbagai cara mengikut amalan masing-masing. MAUT tidak mengira usia, kalau telah ketentuan illahi tiada siapa boleh menghalangnya.


Telah seminggu arwah opah kesayangan yeop dijemput Allah S.W.T, yeop masih terasa sayu dan pilu bila terkenang arwah yang pernah menjaga yeop ketika waktu kecil dahulu (the memories still fresh within me).

Waktu kecil, yeop dijaga oleh kedua-dua nenek (belah ayah dan ibu). Masa tadika nenek belah mak yang jaga (telah arwah), selepas itu darjah satu hingga tiga dijaga oleh opah belah ayah. Mereka sangat berjasa bagi yeop selepas famili.

Yeop sempat pergi ke hospital untuk mengunjunginya sebelum arwah "pergi" keesokan harinya. Hari tu yeop agar sibuk dengan masalah projek akhir tahun, setelah dapat panggilan yang tidak diduga pagi itu, yeop terus bergerak ke hospital (Alhamdulillah hari itu tak ada kelas).

Setiba yeop disana, telah ramai saudara-mara berkumpul di wad opah. Yeop terus kesisi opah lalu membaca surah yassin untuknya. Bacaan yeop agak perlahan dan tersekat-sekat kerana yeop tak dapat nak tahan air mata yang sangat deras mengalir ke pipi, ramai saudara yang turut menangis melihat yeop. Suasana yang sangat pilu menyelubungi wad opah.

Peratusan opah untuk selamat sangat tipis, kami hanya mampu membaca yassin dan berdoa agar dimudahkan segalanya. Semua persiapan khairat kematian telah dirancang dari awal lagi agar segalanya berjalan lancar. Alhamdullilah, arwah opah telah selamat dikebumikan, moga arwah dirahmati Allah dan bersama para solehah (Amin).

Wednesday, October 24, 2012

KETENTUAN JODOH


(◠‿◠) Saya pernah SETIA
Tapi DIDUAKAN (,)

(◠‿◠) Saya pernah PERCAYA
Tapi DIKHIANATI (,)

(◠‿◠) Saya pernah MENCINTAI
Tapi DISAKITI (,)

(◠‿◠) Saya pernah MEMILIKI
Tapi akhirnya KEHILANGAN (,)

(◠‿◠) Saya pernah JUJUR
Tapi DITIPU (,)

(◠‿◠) Saya pernah BERHARAP
Tapi harapan itu cuma SIA-SIA (,)

Lebih baik menunggu orang yang tepat daripada menghabiskan waktu dengan orang yang salah 

Tuesday, October 16, 2012

ALASAN MALAS SOLAT

Hayati dialog ini dengan khusyuk, mengapa kita malas nak solat?
pada suatu petang yang tenang lagi bahagia...

Lelaki : Saya sakit ustaz, macam mana nak solat?
Ustaz : Solat macam biasa je, berdiri kalau mampu.

Lelaki : Kalau saya tak mampu berdiri?
Ustaz : Duduk pun boleh.

Lelaki : Duduk pun saya tak boleh, ustaz.
Ustaz : Baring pun tak apa.

Lelaki : Baring pun saya tak mampu dah.
Ustaz : Guna isyarat je lah kalau macam tu.

Lelaki : Nak guna isyarat pun saya tak boleh dah. macam mana?
Ustaz : Kalau begitu, tunggu orang lain solat kan encik.

Lelaki : Boleh ke macam tu ustaz ? biar betul.
Ustaz : Betul la, kalau dah semua tu tak boleh buat, maknanya 
             dah layak lah awak untuk dikuburkan.

Lelaki : Eh, tiba-tiba pulak saya boleh solat berdiri ustaz.hahaha

Apa macam? Kekawan penah kene macam dialog diatas? seseorang yang banyak memberi alasan untuk melengah-lengahkan solat malah lebih teruk meninggalkannya

Tuesday, September 4, 2012

MERDEKA YANG DIBANGGAKAN


Merdeka ! Merdeka ! Merdeka ! laungan semangat yang sangat bermakna bagi masyarakat Malaysia. Secara zahirnya tanah tumpah darahku ini telah lama merdeka dari cengkaman penjajah asing. Persoalannya adalah adakah kita betul-betul Merdeka? apa yang sebenarnya kita Merdeka ni ? 

Merdekakan pemikiran mu wahai sahabat, jangan tertipu dan berasa selesa kerana erti kemerdekaan adalah...

Saturday, September 1, 2012

RAYA 2012

Ramadan telah lama melabuhkan tirai keberkatannya, syawal muncul berwajah ceria. Pada tahun ini, famili yeop menyambut aidil fitri dengan senderhana. Terselit suka dan duka disebalik hari kemenangan umat islam ini. Pada tahun ini juga, famili yeop memilih untuk memakai pakaian raya sedondon kelabu (ramai pulak yang sama).


Sambutan yang serdahana kerana kedua-dua grandparents (uzur) belah mak dan bapak beraya di Kay-eLL. Oleh itu, mungkin untuk pertama-tama kali nya kami bersolat raya di puchong (agak kekok). Lepas solat raya kami bergambar di rumah dan bersiap untuk bertolak pulang ke kampung.Selapas tiga hari beraya di kampung, kami pun pulang ke puchong semula.


Kenangan yang bermakna bagi yeop pada raya kali ini adalah ketika menyertai konvoi raya x-teknik KL. Sudah lama yeop tidak bersua muka dengan kawan-kawan seperjuangan SPM dahulu. Kebanyakannya yeop tidak berjumpa setelah tamat spm pada 2007 dulu (4 tahun lepas). Kami beraya di rumah cikgu-cikgi yang masih menjadi warden di sekolah kami.


Sangat teruja dan yeop berharap konvoi pada tahun hadapan akan lebih gempaq dan disertai lebih ramai kawan-kawan lama.

Saturday, August 18, 2012

YANG DIRINDUI KIAN PERGI


Duhai perindunya yang mendambarkan keberkatannya, janganlah bersedih dan teruskan berbuat ibadah hingga ke saat terakhir ramadan pada tahun ini. Bagi sang perindu ramadan, mereka akan sangat bersedih kerana takut tidak dapat bertemu dengan ramadan akan datang. Sebaliknya, ada juga sebahagian dari mereka yang sangat bergembira disaat akhir ramadan kerana menantikan hari raya (1 syawal) lain pula ceritanya. Kegembiraan ini bukan suatu yang salah tetapi sejauh mana pencapaian kita di bulan ramadan hingga membuatkan kita bangga dan tersenyum gembira pada  pagi syawal? tepuk dada tanya iman.


Pesanan ini juga ditujukan kepada diri yang hina dan lemah ini. Sama-sama lah kita mengambil iktibar dan berdoa agar amalan kebaikan yang kita lakukan di bulan ramadan ini diterima Allah SWT dan dengan rahmat-Nya yang tidak terkira kita diketemukan di ramadan mendatang. Insha Allah

Monday, August 6, 2012

AL-QUR'AN MERUBAH PERSEPSI

Kitab (Al-Qur’an ) ini, tiada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertakwa.” (2:2)


Peristiwa nuzul Al-Qur’an  menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Qur’an  yang ada pada kita hari ini. Al-Qur’an  adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Qur’an . Begitu indah Allah S.W.T menukilankan setiap peristiwa dan pengajaran di dalam kitab yang agung (Al-Qur’an ) ini.

Di bulan Ramadan yang penuh barakah ini, dianjurkan kita memperbanyak bacaan Al-Qur’an  tidak mengira sama ada secara bersendirian atau tadarus bersama rakan lain. kelebihan Al-Qur’an  tidak boleh disangkal lagi, hadith di bawah menunjukkan perumpamaan manusia yang membaca Al-Qur’an . Renung-renungkan di mana kedudukan kita.

“Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Qur’an  adalah seperti buah Utrujjah yang baunya harum dan rasanya enak.

Perumpamaan orang mukmin yang tidak membaca Al-Qur’an  seperti buah kurma yang tidak berbau sedang rasanya enak dan manis.

Perumpamaan orang munafik yang membaca Al-Qur’an  adalah seperti raihanah yang baunya harum sedang rasanya pahit.

perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al-Qur’an  adalah seperti hanzhalah yang tidak berbau sedang rasanya pahit.”
(HR Bukhari & Muslim)

Pada bulan Ramadan ini, Kepada kekawan yang dah khatam, tahniah ! dan teruskan untuk kali kedua dan yang masih “On The Way” tu, teruskan usaha. Yeop tinggal lagi 45% untuk khatam dalam bulan Ramadan ini. Moga Allah S.W.T memberi kita kekuatan untuk membaca dan bertadabur dengan Al-Qur’an .

Thursday, July 19, 2012

RAMADAN YANG DIRINDUI

Sedar tidak sedar Ramadan muncul kembali setelah lama dinantikan oleh para perindunya. Bulan yang begitu berkat dilimpahi dengan kebaikan dan kebajikan

Amat rugi kepada golongan yang mensia-siakan peluang yang datang sekali setahun ini. Ambilah kesempatan yang amat terhad ini dengan memperbanyak dan melipatkali gandakan amal ibadah agar ia menjadi Ramadan yang lebih baik dari sebelum-sebelum nya. 

Janganlah kita asyik memikirkan tentang juadah berbuka puasa dan lebih teruk ada segelintir yang risau memikirkan tentang persiapan untuk hari raya nanti. 

Pesanan yeop supaya kekawan berusaha untuk all-out dalam ibadah dan kebaikan pada bulan ini. Akhir kata, moga Allah S.W.T menerima segala amalan dan diberi kekuatan dalam menjalani ibadah puasa ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...