Thursday, October 13, 2011

DEFINASI IMAN


Mengikut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Iman itu berkata dengan lidah.Kenal dengan Hati.Beramal dengan segala anggota.Bertambah dengan Amalan Ketaatan.Berkurang dengan Dosa.Kuat dengan Ilmu.Lemah dengan Jahil.

Saturday, October 1, 2011

STAY CONNECTED WITH ALLAH

Allah S.W.T does not have a blackberry or an iPhone,
But Allah is my favourite contact.

Allah S.W.T doesn't have Facebook,
But Allah is my best friend.

Allah doesn't have Twitter,
But I follow Allah.

Allah S.W.T doesn't have internet,
But I’m always connected to Allah.

Monday, August 22, 2011

MENCARI MALAM ISTIMEWA

Surah Al-Qadr


Hadith Nabi Muhammad S.A.W






Doa pada malam Lailatul Qadar

Monday, August 1, 2011

MARHABAN YA RAMADHAN


Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna 

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna
Ku memohon pada Tuhan
diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan
diterima amalan
Selangkah demi selangkah
Dengan rahmatMu oh Tuhanku
Ku tempuh jua.... 

Saturday, July 30, 2011

JIKA AKU....

Jika SENDIRI jangan merasa sepi
Ada Allah yang MELINDUNGI

Jika
SEDIH jangan pendam dalam hati. 
Ada Allah tempat MELUAH

Jika
MARAH jangan runsing
Ada Allah tempat MENENANGKAN DIRI

Jika
SUSAH jangan merasa pilu
Ada Allah tempat MENGADU

Jika
GAGAL jangan berputus asa
Ada Allah tempat MEMINTA

Jika
SENANG jangan menjadi lupa.
Ada Allah tempat BERSYUKUR

INGATLAH....
ALLAH S.W.T SANGAT HAMPIR DENGAN HAMBANYA SETIAP WAKTU TIDAK KIRA SUSAH MAHUPUN SENANG

Saturday, July 23, 2011

HANYA YANG TERBAIK DARI ALLAH S.W.T

Ku pinta kepada ALLAH setangkai bunga segar lagi wangi,
Tetapi diberi kaktus yang keras lagi berduri.
Ku pinta pula seekor 
rama-rama yang cantik,
Tetapi diberi pula seekor ulat beluncas.

Aku sungguh sedih dan kecewa.
Namun kemudian………
kaktus itu 
berbunga, indah sekali.
Dan ulat itupun menjadi 
rama-rama yang cantik.

Terkadang ALLAH hilangkan sekejap matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat yang sabung-menyabung.

Puas ku mencari di mana matahari,
rupa-rupanya ALLAH ingin menghadiahkan aku 
pelangi yang nan indah 

Tuesday, July 12, 2011

4 PERKARA = ISTERI TERBAIK

Dinikahi wanita itu kerana empat perkara;
1)   Hartanya
2)   Keturunannya
3)   Kecantikkannya
4)   Agamanya
Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)



Hadis diatas merupakan panduan yang terbaik untuk si adam untuk mencari si hawa yang terbaik untuk dijadi peneman hidup dikala susah mahupun senang dan takala sihat mahupun sakit.

*Ni merupakan tip untuk kaum adam!
Pahamkan betol-betol

Apa yang anda perlu buat untuk mencapai kebahagian yang berkekalan (InsyAllah) adalah mengusun 4 perkara diatas dengan susunan yang betol tanpa menukar apa-apa dari salah satu perkara tersebut dan mengambil penekanan dalam hadis diatas.

 

Setelah disusun jadilah seperti diatas. Bagi kaum adam untuk mencari isteri terbaik adalah dengan mencari wanita yang cantik dahulu (kecantikan adalah abstrak, so lain orang lain citarasa) selepas itu baru disaring dengan perkara yang selebihnya seperti wanita cantik itu perlu memiliki

1) Agama yang tinggi
2) Keturunan yang baik
3) Harta yang banyak

P/s – khas untuk kaum adam sahaja (kaum hawa jangan terasa di diskriminasi pulak). Sebenarnya agak sukar tapi bukan mustahil untuk mencari seorang wanita yang mempunyai semua ciri-ciri berikut sekarang. Rasional mengapa yeop letakkan ciri wanita cantik dahulu adalah kebanyakan kaum adam menyukai wanita cantik sebagai penyejuk mata (dari mata turun ke hati) :)

Wallahua'lam bi shawab

Tuesday, July 5, 2011

OH ! WANITA


Lembut wanita kerana senyumannya,
Cekal wanita kerana beraninya,
Patuh wanita kerana kesetiaannya,
Sabar wanita kerana imannya,
Kasih wanita kerana belaiannya,
Lemah wanita kerana air matanya,
Ikhlas wanita kerana simpatinya,
Dendam wanita kerana cemburunya,
Sayang wanita kerana sikap keibuannya,
Tanpa wanita lelaki menjadi lemah,
Kerana wanita jugalah lelaki menjadi kalah...:)

Sunday, July 3, 2011

5 PERKARA YANG PENTING


Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara :


1) MUDA SEBELUM TUA


Pergunakan masa mudamu sebelum datang masa tuamu


2) SIHAT SEBELUM SAKIT


Pergunakan waktu sihatmu sebelum datang waktu sakitmu


3) KAYA SEBELUM MISKIN


Pergunakanlah waktu kayamu sebelum datang waktu miskinmu


4) LAPANG SEBELUM SIBUK


Pergunakan masa luangmu sebelum datang masa sibukmu


5) HIDUP SEBELUM MATI


Pergunakan waktu hidupmu sebelum datang matimu
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...