Monday, April 30, 2012

REMEMBER ME, I'LL REMEMBER YOU

Jangan hanya sujud ke Sejadah saat susah
Jangan hanya mencari Telekung & Kopiah saat sesak.
Jangan hanya memandang Kiblat saat payah.
Jangan hanya teringat Wudhu saat lemas.
Jangan hanya mengenal Tasbih saat hanyut.
Jangan hanya memandang Alam saat alpa.
Jangan hanya momohon Doa saat sakit.


Ingatlah Allah S.W.T pada setiap saat pada susah mahupun senang.

Saturday, April 28, 2012

SABAH BAH

Assalamualaikum kekawan!
Entri kali ini yeop nak paparkan serba sedikit gambar kenangan percutian yeop dengan rakan se"U" . Rancangan bermula sebelum cuti sem, kami pakat-pakat cari tempat nak bercuti. Pencarian berakhir apabila Air Asia menawarkan promotion ke destinasi domestik dengan harga yang berpatutan. Kami buat mesyuarat untuk berbincang dan melantik "person-in -charge" untuk pengurusan bercuti. kami telah sepakat membawa berkat untuk memilih untuk pergi ke negeri di bawah bayu iaitu SABAH.


kami tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu


Bermandi-manda di tiga buah pulau dalam masa sehari (pulau Mamutik, Manukan dan Sapi)


Hari seterusnya, kami pergi ke Sabah Tea Garden (cm kt Cameron Highland)


Banyak lembu-lembu di kawasan penternakan ni (dah cm kt new zealand )


Ikan kat sini besar-besar belake (rase cm nak tangkap je)


Tidak ketinggalan, kami menjejak kaki ke tempat yang popular di sabah iaitu hot spring


Sebelum kami meninggalkan bumi SABAH, borang bebanyak cenderahati buat kenang-kenangan di sana dan barang "panas" iaitu mutiara laut masin 


Sebenarnya banyak lagi aktiviti kami disana, tapi cukup lah secebis memori yeop disana untuk tatapan kekawan :)

Wednesday, April 25, 2012

TIDAK LENGKAP JIKA...

Ada mata tapi buta
Ada telinga tapi tuli
Ada hati tapi mati
Ada otak tak ada akal
Ada ilmu tak ada amal
Ada harta tak ada bahagia
Ada rupa tak ada cinta
Ada kelulusan tak ada kerja
Ada tubuh tak ada maruah
Ada iman tak ada istiqamah
Ada nikmat tak ada syukur
Ada Allah tak ada ketaqwaan

Wednesday, April 18, 2012

JARAK ANTARA AKU DAN DIA

Jika rindukan seseorang , pejamkanlah mata dan ucapkanlah :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-Mu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku.tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia.

·        Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik.

·        Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi.

·        Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya.

·        Dengan ‘JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi.

·        Dengan ‘JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai.



Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalan-Mu ini. Terima kasih kerana memberikan ‘JARAK itu kepada aku dan dia.

Friday, April 13, 2012

PROTOKOL YAHUDI MENGANDUNGI 8 PERKARA

SONG
Lagu-lagu yang menghiburkan lagi melalaikan. Dewasa ini, ada anak-anak kecil yang tak hafal Al-Fatihah, tetapi boleh menghafal lagu K-pop atau lagu orang putih yang panjang berjela sampai berbelit lidah. Jagan pelik la klo Ada yang tak tau mengucap langsung (parah tu). Baca Al-Quran tergagap-gagap tapi lagu Siti (contoh) boleh lancer tanpa tersekat-sekat (siap ada lengok2 lagi). Adakah yahudi sudah Berjaya? Hingga kita terfikir bagaimana jadinya kalau radio kalau tanpa lagu?

SEX
Lagi satu kegilaan remaja dan yang tak sedar diri “tua”. Sex di mana-mana terpampang di kaca tv, filem mahupun iklan. Babak sex menjadi lumrah dan kewajipan dlm filem kini. Kekadang adegan sex tak diperlukan, tetapi diselitkan jua sehingga ada orang menonton filem hanya kerana ada adegan sex (pulak dah). Filem yang bergenre 18+ amat laris berbanding filem umum “U”. Tambahan pula, VCD lucah mudah didapati dan harganya amat murah. Adakah filem yang tiada adegan sex? (versi kartun pun ada). Habis anak-anak kita. Lagi sekali berjaya sungguh Yahudi laknatullah ni?


SMOKE

Rokok oh rokok ! menjadi kebiasaan para remaja (khususnya) sehingga dikatakan tidak “maco” jika tidak merokok. Malah sekarang pula merokok menjadi budaya pulak bagi minah-minah yang kononnya mau digelar 'up to date gurl' (mengarut betol) dulu yang merokok ini golongan ****** saja ataupun penari cabaret (filem P Ramlee ).


SPORT
Pelbagai jenis sukan di tonjolkan dan lelaki dan perempuan sama-sama berlumba mencari nama dalam sukan....hinggakan sekarang bola sepak pun perempuan main juga. Bila bersukan, tutup aurat mestilah jauh sekali, solat pun banyak yang “termiss” bukan yang bermain sahaja tak solat,tukang sorak pun tak solat juga ,Kalau menonton dirumah lambat solat sebab takut tak nampak macam mana masuk GOL. Yahudi gol lagi
FUN
Di mana saja kita dapat hiburan yang melalaikan. Kalau kita lihat dalam 100 majalah, mungkin 8/9 adalah majalah hiburan (laris) termasuklah majalah manga yang menayangkan segala yang ada kat artis terutama yang perempuan. Kalau ada konsert, orang Islam sanggup bertandang hingga menghabiskan banyak wang dan bila ke konsert pelbagai maksiat akan diselit masuk. Akhirnya Yahudi terhibur lagi.


FEMALE

Perempuan (gegurl) satu lagi tawaran Yahudi yang amat menggiurkan terutama dalam iklan yang kadang-kadang tidak ada kena mengena dengan produk atau servis yang hendak dipromosikan. Contoh Kalau kita ke showroom masa pelancaran kereta, model gadis seksi separuh bogel duk posing maut, kita nak tengok kereta atau model tu (konfius yeop), apa kena mengena model tu dengan kereta? kalau iklan pakaian dalam wanita okaylah perempuan. Yahudi bergumbira lagi.


FASHION

Fesyen terutama perempuan yang pelbagai gaya, sehinggakan kalau pakai tudung pun tak menutup aurat dengan sempurna. Macam mana dikatakan bertutup aurat jika bertudung tetapi berbaju ketat yang kekadang menampakkan bentuk badan? Yang mewarnakan rambut lagi teruklah. Buat apa bertudung kalau rambut diwarnakan (utk suami konon). Bila warnakan rambut mungkin tidak bertudung sebab kalau bertudung bagaimana nak mempamerkan warna rambut yang macam pelangi tu. Kalau dah rambut diwarnakan, solat pun tak sah (wallahua’lam) malah mandi hadas pun entah sah ker tidak dek kerana kebanyakan pewarna adalah kalis air. Itu tak kira yang cantas bulu kening lagi. Yahudi ketawa terbahak-bahak lagi.

FOOD
Makanan! lagi satu kegilaan umat islam terutama makanan dari Barat termasuklah MCD, Kentucky , Pizza hut, KFC dan seribu satu macam lagi. Buah kurma yang menjadi makanan Rasulullah di pandang rendah. Beli pun setahun sekali bila bulan Ramadan. Tapi makanan barat menjadi kebanggaan. Bila makanan datang dari barat, adakah kita yakin tentang halalnya? Contoh KFC, rempahnya datang dari Amerikano. Siapa nak pergi check halal ke tidak? Bila makan benda haram, masakan iman menjadi mantap, maka lahirlah umat islam yang bukan perangai saja macam yahudi tetapi berfahaman pun macam yahudi. Nauzubillah

Tuesday, April 10, 2012

PENYAKIT UMAT ISLAM

Daripada Abu Hurairah R.Ahu katanya : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, ”Umatku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu”. Sahabat bertanya, “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab, ” Penyakit-penyakit itu ialah…

(1) terlalu banyak seronok
(2) terlalu mewah
(3) menghimpun harta sebanyak mungkin
(4) tipu menipu dalam merebut harta benda dunia
(5) saling memarahi
(6) hasud-menghasud sehingga zalim-menzalim”.

Memang benar melainkan benar belaka apa yang disabdakan oleh Nabi SAW tentang keadaan umatnya pasa masa kini. Manusia sering tertipu dengan harta dan kebendaan dan tidak memperdulikan iman dan amal yang ingin dibawa buat bekalan di akhirat kelak.


sekiranya dunia(kemewahan) dijunjung di kepala, akhirat(iman&amal) pula di tangan,Pabila dunia yang dijunjung bergoyang sedikit, akhirat di tangan dilepaskan untuk memperbetulkan dunia

Begitulah perumpamaan kebanyakan umat zaman sekarang…Adakah kita sanggup mengadaikan harta-benda semata-mata untuk agama Seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Nabi SAW ?Sama-sama lah kita fikirkan, dimana kita letakan kemulian agama itu…

Friday, April 6, 2012

PUJANGGA BERKATA ...

Siapa yang berbuat tuju tanpa tuju,
Maka tidak berguna perbuatanya.

Siapa yang takut tanpa hati-hati,
Maka tidak berguna takut itu.

Siapa yang mengharap tanpa amal,
Maka tidak berguna harapannya.

Siapa yang niat tanpa pelaksanaan,
Maka tidak berguna niatnya.

Siapa yang beristighfar tanpa menyesal,
Maka tidak berguna istighfarnya.

Siapa yang berbuat kebaikan tanpa ikhlas,
        Maka tidak berguna amal perbuatanya.

Thursday, April 5, 2012

YANG ITU ...


v  Yang Singkat Itu WAKTU.
v  Yang Menipu Itu DUNIA.
v  Yang Dekat Itu KEMATIAN.
v  Yang Besar Itu HAWA NAFSU.
v  Yang Berat Itu AMANAH.
v  Yang Mudah Itu BUAT DOSA.
v  Yang Susah Itu SABAR.
v  Yang Sering Lupa Itu BERSYUKUR.
v  Yang Mendorong Ke Neraka Itu LIDAH.
v  Yang Berharga Itu IMAN.
v  Yang Ditunggu Allah Itu TAUBAT.

Monday, April 2, 2012

MAXIS VS CELCOM

As slm kekawan ! kali ini yeop ingin membuat perbandingan antara kedua-dua jenis prabayar (prepaid) seperti tajuk post di atas. Pengalaman yeop sebagai pengguna broadband boleh dijadikan iktibar dan tip berguna kepada kekawan yang ingin membeli broadband nanti. 

Tahun lepas kerajaan (suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia) dengan kerjasama telco Celcom telah melancarkan pek mampu beli (skmm prepaid). Pada mulanya kelajuan plan murah ini sangat lah berbaloi (RM25 - 30 harikelajuan boleh mencecah 1.5 mbps dan muat turun antara 100-200 kbps. Pada awal bulan tiga (march 2012), Mungkin kerana terlalu ramai penguna, pihak celcom telah menghadkan (capped/limit) kepada kelajuan 500kbps dan muat turun antara 50-70kbps (sadis). Yeop sebagai penguna sangat la kecewa kerana pek itu yeop beli dengan harga RM95 (cekik darah). Dulu kalau buffer youtube sekejap je, tapi sekarang boleh makan masa 5-10 minit utk short clip (tension je). 

Oleh itu yeop membuat keputusan drastik untuk beralih ke telco MAXIS, sama harga tapi kelajuan berbeza.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...