Monday, April 2, 2012

MAXIS VS CELCOM

As slm kekawan ! kali ini yeop ingin membuat perbandingan antara kedua-dua jenis prabayar (prepaid) seperti tajuk post di atas. Pengalaman yeop sebagai pengguna broadband boleh dijadikan iktibar dan tip berguna kepada kekawan yang ingin membeli broadband nanti. 

Tahun lepas kerajaan (suruhanjaya komunikasi dan multimedia malaysia) dengan kerjasama telco Celcom telah melancarkan pek mampu beli (skmm prepaid). Pada mulanya kelajuan plan murah ini sangat lah berbaloi (RM25 - 30 harikelajuan boleh mencecah 1.5 mbps dan muat turun antara 100-200 kbps. Pada awal bulan tiga (march 2012), Mungkin kerana terlalu ramai penguna, pihak celcom telah menghadkan (capped/limit) kepada kelajuan 500kbps dan muat turun antara 50-70kbps (sadis). Yeop sebagai penguna sangat la kecewa kerana pek itu yeop beli dengan harga RM95 (cekik darah). Dulu kalau buffer youtube sekejap je, tapi sekarang boleh makan masa 5-10 minit utk short clip (tension je). 

Oleh itu yeop membuat keputusan drastik untuk beralih ke telco MAXIS, sama harga tapi kelajuan berbeza.

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...