Wednesday, January 26, 2011

KASUT BARU = SEMANGAT BARU


Alhamdulillah ! Setelah sekian lama mencari akhirnya jumpa juga kasut futsal total 90 warna putih & biru ni. Yeop tak pernah lagi beli kasut futsal, asyik pinjam orang punya je. Sebelum ni sebat ayah punya, pastu abangnya Top Sala. Enam kedia Al-Ikhsan yeop pergi termasuk la di Shah Alam, Bangi, Putrajaya, dan berakhir di Sunway. Nak tutup kedai masa beli tu dlm kul 9.45 mlm hanya untuk beli kasut ni (sanggup pun hal).

Yeop bukan lah hebat sangat main tapi boleh la sikit-sikit. Dengan adanya kasut ni membuat yeop bersemangat nak main futsal bersama kekawan. Tujuan beli pun sebenarnya nak main perlawanan terbuka pada februari ni. Tak harap kemenangan pun tetapi kepuasan bermain tu yang dikejar. Bukan selalu dapat peluang bermain secara terbuka ni. Tak sabar rasanya. Yeop nak kene berlatih ni. Ok la jumpe di court la der.

Tuesday, January 25, 2011

I.K.H.L.A.S

Setelah Rasulullah SAW menerangkan kepada Muas bagaimana amal soleh diperiksa dan ditapis setiap lapisan langit, Rasulullah juga menerangkan bagaimana Muaz dapat mencapai darjat Keikhlasan agar amal soleh benar-benar diterima oleh Allah SWT, Rasulullah SAW berikan 9 langkah :



1.   Istiqamah mengamalkan amal sunnah atau sunat walaupun sedikit.

2.  Pertanggungkan dosamu ke atas dirimu, jangan menyalahkan orang lain.
3.  Jagalah lidahmu, jangan mengutuk saudaramu, lebih-lebih lagi jika seorang Ulamak.
4.  Jangan menganggap dirimu suci daripada dosa.
5.  Jangan mencela orang lain dan jangan memuji dirimu.
6.  Jangan campur adukkan urusan dunia dengan urusan Akhirat.
7.  Jangan menyombong diri terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW serta mereka yang menyambung perjuangan Rasulullah SAW.
8.  Jangan berbisik dengan orang lain ketika dalam satu majlis yang ramai.
9.  Jangan membesarkan diri kerana orang yang membesarkan diri akan terputus daripada kebaikkan di dunia dan Akhirat.

Monday, January 24, 2011

HARGA SEBUAH IMAN ≠ 20 SEN

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut."Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?" Imam tersebut bertanya kepada dirinya."Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup," kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut.

"Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut."Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya," pemandu bas tersebut berkata.

Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya perlu berlaku jujur."Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam."

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!"


Kekawanku sekalian...

Apa yang anda pelajari daripada kisah di ini? Ingatlah.. kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai tingkap untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Saturday, January 22, 2011

APA ALASAN ANDA?

Pada hari Kiamat Allah S.W.T akan menolak empat alasan manusia :

1.    Menolak alasan orang yang kaya jika orang kaya itu berkata, “Kekayaan itu telah menyibukkan aku sehingga aku tidak sempat melakukan amal ibadat”. Maka Allah akan berkata, “Kekayaan kamu itu tidak sampai dengan kekayaan Nabi Sulaiman, tapi Nabi Sulaiman tidak lalai dari melakukan ibadat”.

2.    Apabila hamba sahaya berkata, “Oleh kerana aku hamba sahaya, maka aku tidak bebas, oleh itu aku tidak dapat beribadat kepadamu”. Lalu Allah berfirman, “Nabi Yusof juga pernah menjadi hamba sahaya, tapi tidak pula dia lalai dari melakukan ibadah”.

3.    Apabila orang miskin berkata, “Kemiskinan inilah yang menyebabkan kami lalai dari beribadat kepadaMu”. Lalu Allah berfirman, “Kamu tidaklah semiskin Nabi Isa tapi Nabi Isa tidak pula lalai dari beribadat kepadaKu

4.    Apabila orang yang sakit memberikan alasan dengan mengatakan, “Penyakit itulah yang telah menghalang aku dari beribadat kepadaMu”. Maka Allah berfirman, “Penyakitmu itu tidaklah seteruk seperti penyakit yang dihidapi oleh Nabi Ayub dan penyakit itu tidak menghalangnya dari beribadat kepadaKu”.

Thursday, January 20, 2011

SALAH SIAPA ?

Masjid je besar tapi yang solatnya hanya 2-3 saf je. Itu pun majoriti golongan pencen. Kalau yang lebih parah lagi yang ada hanya AJK masjid je. Kesian yeop tengok. Apa kes le. Orang islam punya le ramai kat kawasan tu tapi yang mengunakan teliga betul-betul hanya beberapa orang je bila azan dilaungkan untuk solat berjemaah

Yang buat yeop geleng kepala masa azan orang selamber je lalu-lalang depan masjid macam pekak tak dengar azan. Nak salahkan siapa ? tok iman, pak bilal,  tok siak atau mic rosak ? golongan remaja boleh kira dengan jari je. Itu pun ada yang datang kerana bapak yang bawa. Bukan kehendak sendiri.

Mengapa budak-budak jarang ke masjid ? kekawan rasa kebanyakan budak-budak gi masjid wat pe? hahaha. Sudah tentu kebanyakan untuk bermain-main kat dalam masjid kan. Bila mereka ini buat bising. AJK masjid mesti le marah

Situasi 1 : oi! budak-budak kalau nak main pergi padang la. Kat masjid tempat solat

Keesokannya, bebudak ini dah tak datang. Apa taknya dah suh jangan datang. Kesiankan. Teguran yang tidak berhikmah.

Situasi 2 : seorang budak hendak melaungkan azan, tetiba ada orang yang tegur. Oi dak! wat pe tu kang rosak lak mic tu

kalau tidak diberi galakan dan peluang kepada golongan remaja dan kanak-kanak ini, sampai bila lagi ? Ada setengah masjid/surau yang muazzin nya dah kurang berkemampuan melaungkan azan.

Inilah masa para remaja diberi tunjuk ajar dan latihan untuk menjadi pelapis mada hadapan. Tidak lah masjid/surau kita hidup segan , mati tak mau.

    Tuesday, January 18, 2011

    RINTIHAN SEORANG HAMBA ALLAH

    Sebagai manusia biasa kita tidak akan pernah terlepas daripada melakukan dosa sama ada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Dosa juga mengotorkan hati dan fikiran untuk melakukan kebaikan dan amanah Allah s.w.t. Manusia mungkin alpa dengan keadaan sekeliling dan beranggapan akhirat lama lagi dan mati bila tua. Tanggapan demikian menbuka seribu pintu kepada syaitan-syaitan untuk menguasai mereka hingga ada yang sanggup berpaling dari hidayah Allah. Nauzubillah 


    inilah rintihan seorang hamba yang ingin bertaubat :
    "Bahwa tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim".

    Allah s.w.t yang Maha Pengampun menjawab dengan berfirman :
    Katakanlah: "Wahai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

    Sedarlah wahai pemilik iman, walau sebesar gunung dan seluas lautan pun dosa yang kita pikul, Allah s.w.t menjanjikan pengampunan yang tidak terhingga kepada kita kecuali mereka yang syirik kepada-Nya. Oleh itu, berkejar-kejarlah di dunia yang fana ini untuk mencari keredhaan-Nya untuk mencapai kebahagiaan di akhirat sana. Wallahua'lam

    Monday, January 17, 2011

    TARIK-MENARIK KE NERAKA

    4 Golongan Lelaki Yang Akan Di Tarik Ke Neraka itu adalah :

    1. Ayah
    Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup auratmaka dia akan ditarik oleh anaknya.

    2. Suami
    Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinyaBergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,Andai si suami mendiam diri, biarpun dia seorang yang warak dan alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

    3. Abang @ saudara lelaki
    Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh pula ke bahu abang-abangnya @ saudara lelakinya.....
    jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik/kakak perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, maka tunggulah tarikan adiknya/kakaknya di akhirat.

    4. Anak Lelakinya
    Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak, maka nantikan tarikan ibunya.

    Lelaki oh lelaki !
    Lihat betapa beratnya tanggungjawap dan amanah yang anda wajib pikul dan lihatlah betapa hebatnya kuasa tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat.Oleh itu kaum lelaki yang bergelar ayah / suami /abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar.

    Wanita oh wanita !
    Wahai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda, abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda.Kassihanilah mereka seperti kamu kasihani diri kamu sendiri.Jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan ikhlas.

    Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik ke Neraka Jahanam. wallahua'lam

    (sumber dari http://www.iluvislam.com/) 

    Friday, January 14, 2011

    NILAI SEBUAH PERSAHABATAN


    Lumrah setiap pengenalan berakhir dengan perpisahan
    bukan semua perpisahan berakhir dengan kesudahan baik
    walaupun kehadiranmu sekadar menjenguk seketika
    namun ia tetap detik yang bermakna bagiku
    kawan atau rakan boleh datang dan pergi
    tetapi bukan seorang yang bergelar sahabat

    Terima kasih tuhan yang tak terhingga 
    kerana meminjamkan hambamu seorang sahabat
     jika satu dunia memandang sinis padaku
    engkau tetap setia memandang ceria
    sentiasa ada disaatku hilang punca
    mempertahan pendirianku yang tidak bermakna

    mungkin cukup sahaja sampai disini
    tak sanggup lagi melihatmu jatuh lagi
    disebabkan diri ini
    izinkan ku pergi…..

    A part of you has grown in me
    together forever we shall be
    never apart, maybe in distance
    but not in the heart.”

    Thursday, January 13, 2011

    DUHAI PENDAMPINGKU

    EdCoustic - duhai pendampingku
    Di hatimu tersimpan cinta yang suci
    Serta mendalam pernikahan dari beda dunia
    Meski kau terbiasa hidup tanpa perih
    Namun kau ikhlas hidup bersahaja
    Namun bahagia

    Duhai pendampingku, akhlakmu permata bagiku
    Buat aku makin cinta
    Tetapkan selalu janji awal kita bersatu
    Bahagia sampai ke surga

    Maafkan aku jika tak bisa sempurna
    Karena ku bukan lelaki yang turun dari surga
    Ketulusan hatimu anugerah hidupku
    Doakan langkah kita tak berpisah
    Untuk selamanya

    Sampai ke surga....

    dedicated to A.R

    TAJAM LIDAH = PISAU

    Sebab mulut badan binasa ! peribahasa yang acap kali kita dengar dewasa ini. Bercakap memang suatu yang mudah tetapi pernahkah kita berfikir kesan selepas kita bercakap? Walaupun kita tidak melukakan seseorang secara fizikal tetapi secara batin dan mental bagai dihiris-hiris pisauTerlajak kerete boleh undur der tapi terlajak kata kaki naik atas kepala (peribahasa moden) Walau kita mampu menjaga sepulah malah ratusan manusia tapi belum tentu kita mampu menjaga satu mulut manusia. 


    Antara gelaran/pangkat yang disandang oleh orang yang menyalahgunakan mulut :
    1.     Mulut Tempayang
    2.     Mulut Longkang
    3.     Mulut Laser

    Ada orang kerana mulut masuk syurga.
    Ada orang kerana 
    mulut masuk neraka.

    Hadith-hadith Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam yang menerangkan keburukan dan bencana lidah.

    “Tidaklah dihumbankan muka manusia kedalam neraka itu sebagai hasil tuaian (jelek) lidahnya” (Hadith riwayat At-Tarmizi)
      
    “Bukanlah ia seorang mu’min (jika) jika ia suka menuduh, melaknat, bercakap kotor dan keji.” (Hadith riwayat At-Tarmizi)
      
    “Sesiapa yang banyak bercakap, maka banyaklah kesalahannya, sesiapa yang banyak kesalahannya, maka banyaklah dosanya, dan sesiapa yang banyak dosanya, api nerakalah paling layak untuk dirinya.” (Diriwayatkan oleh Baihaqi)

    Nasihat Yeop adalah kita gunakan anugerah Allah S.W.T ini untuk tujuan yang baik seperti menasihati dan kalau kita tak boleh nak kawal apa yang terkeluar dari mulut secara sengaja atau tidak lebih baik kita DIAM (habis cita) :)

    3-inch tongue can kill a 6-foot man

    Wednesday, January 12, 2011

    KEHEBATAN DOA ABU DARDA

    Talha r.a. meriwayatkan:
     
    "Seorang telah datang kepada
    Abu Darda r.a. dan memberitahu bahawa rumah beliau terbakar. Abu Darda r.a. menjawab: "Tidak, rumah saya tidak terbakar". Kemudian seorang lagi datang dan memberitahu bahawa rumahnya terbakar. Kemudian, ada seorang lagi datang dan memberitahu perkara yang sama dan Abu Darda memberi jawapan yang sama.pada kali yang ke empat seorang datang dan memberitahu Abu Darda r.a. "Wahai Abu Darda r.a.! api telah naik tinggi tetapi apabila sampai ke rumah tuan, api telah padam".

    Abu Darda menjawab: "Saya yakin bahawa Allah s.w.t. tidak akan membakar rumah saya. Rasulullah s.a.w. telah mengajar saya suatu doa yang mana jika dibaca selepas subuh si pembaca akan terselamat dari semua bala dan musibah hingga ke petang. (Saya telah membaca kalimah-kalimah ini selepas subuh). Oleh itu saya yakin rumah saya tidak akan terbakar."
    Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta ‘alaika tawakkaltu wa anta robbul ‘arsyil ‘adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya’ lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim. A’lamu annallaaha ‘alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain ‘ilmaa. Allaahumma innii a’uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii ‘alaa shiroothin mustaqiim.

    “Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau.PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar. Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar. Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya. Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus

    Khasiat doa ini adalah ia mampu memesongkan kecelakaan yang datang kepada kita baik siang atau malam dengan izin Allah. Doa ini sangat bermanafat untuk kita semua dan percayalah semua kebaikan dan keburukan datang dari Allah dan dengan izinNyalah yang dapat mengangkat segala musibah daripada menimpa kita. Moga yeop dan kekawan diberi kekuatan untuk mengamalkan doa ini. Insha'Allah.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...