Monday, January 3, 2011

MAAL HIJRAH VS NEW YEAR

Tarikh 31 Disember lebih diingati daripada 1 muharram?
Satu isu yang yeop anggap penting dan harus diberi penekanan. Berapa ramai di kalangan kita memahami pengisian semasa sambutan awal muharram? jangan cakap pasal pengisian la,tanya dulu tahu atau tidak MAAL HIJRAH tu apa? Mungkin tarikh pun tidak tahu Atau kita hanya menyambut kehadiran 1 januari semata-mata?

Berikut adalah apa yang yeop cuba singkap dari jendala pemikiran orang sekarang. Sebagai contoh, sambutan NEW YEAR lagi heboh dan bermacam-macam aktiviti hiburan, konsert dan tidak lupa jua pesta di canang kesana kemari untuk tatapan hawa nafsu masing-masing. Dan malam 31 itu biasanya akan di akhiri dengan pelbagai bentuk masalah sosial. Golongan yang terlibat biasanya para remaja dan terlebih remaja pun ada juga, makin tua makin hebat.

Tapi cuba kita renung sejenak, kenapa sambutan 
maal hijrah tidak seheboh NEW YEAR EVE? setiap tahun rata-ratanya ataupun kebiasaanya, hanya perbarisan di padang, persembahan konsert nasyid yang hanya segelintir saja yang hadir. Di tv pula hanya lah drama-drama.

Mungkin agak susah untuk kita masuk ke bahagian pentadbiran,tetapi kenapa tidak kita wujud kan satu budaya dikalangan kita khususnya di kampung untuk menyambut awal muharram. Ini masa kenduri di masjid atau di surau sahaja meriah. Lepas tu sepi, Mungkin sampai masanya para belia dan beliawanis membuat satu anjakan paradigma untuk memantapkan ilmu pengetahuan dalam membuat majlis besar besaran. Sure heboh punya lah!

Yeop pernah membaca satu petikan sambutan NEW YEAR EVE tahun lepas diakhiri dengan banyak barang bersepah di awal pagi. Fenomena kondom, pakaian dalam wanita dan lelaki bersepah merata-rata. Janganlah perkara sebegini menjadi satu tradisi anak muda yang bakal di ulang untuk tahun ini.bila tiba bulan 9. Lahirlah anak HARAM tahun baru yang tidak berdosa malah dibuang.sama-sama la kita renung-renungkan dan mengambil tindakan agar perkara seperti ini dapat dibenteras dari akar umbi.

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...