Thursday, January 20, 2011

SALAH SIAPA ?

Masjid je besar tapi yang solatnya hanya 2-3 saf je. Itu pun majoriti golongan pencen. Kalau yang lebih parah lagi yang ada hanya AJK masjid je. Kesian yeop tengok. Apa kes le. Orang islam punya le ramai kat kawasan tu tapi yang mengunakan teliga betul-betul hanya beberapa orang je bila azan dilaungkan untuk solat berjemaah

Yang buat yeop geleng kepala masa azan orang selamber je lalu-lalang depan masjid macam pekak tak dengar azan. Nak salahkan siapa ? tok iman, pak bilal,  tok siak atau mic rosak ? golongan remaja boleh kira dengan jari je. Itu pun ada yang datang kerana bapak yang bawa. Bukan kehendak sendiri.

Mengapa budak-budak jarang ke masjid ? kekawan rasa kebanyakan budak-budak gi masjid wat pe? hahaha. Sudah tentu kebanyakan untuk bermain-main kat dalam masjid kan. Bila mereka ini buat bising. AJK masjid mesti le marah

Situasi 1 : oi! budak-budak kalau nak main pergi padang la. Kat masjid tempat solat

Keesokannya, bebudak ini dah tak datang. Apa taknya dah suh jangan datang. Kesiankan. Teguran yang tidak berhikmah.

Situasi 2 : seorang budak hendak melaungkan azan, tetiba ada orang yang tegur. Oi dak! wat pe tu kang rosak lak mic tu

kalau tidak diberi galakan dan peluang kepada golongan remaja dan kanak-kanak ini, sampai bila lagi ? Ada setengah masjid/surau yang muazzin nya dah kurang berkemampuan melaungkan azan.

Inilah masa para remaja diberi tunjuk ajar dan latihan untuk menjadi pelapis mada hadapan. Tidak lah masjid/surau kita hidup segan , mati tak mau.

    2 kritikan:

    zhrhtoodem said...

    itu lah. entah lah. masjid gah. cantik2. semayang jumaat je penuh. :(

    alyf said...

    kebanyakan org sekarang suka ibadah yang bermusim sahaje. mcm solat jummat sekali seminggu
    ,solat hari raya setahun sekali. macam adat je

    Post a Comment

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...