Saturday, February 26, 2011

DOA UNTUK JODOHKU

Ya Allah, aku merupakan hamba yang lemah, hamba yang tidak mampu mengawal diriku daripada fitrah seorang manusia yang memerlukan teman, memerlukan kekasih, memerlukan suami/isteri, memerlukan keluarga.

Ya Allah aku tidak mampu menahan diriku daripada terjeremus ke dalam kemaksiatan dan perzinaan.

Ya Allah, jika masanya telah tiba, jika apa yang aku mohon ini merupakan sesuatu yang terbaik disisiMu Ya Allah, terbaik buat agamaku Ya Allah, terbaik buat diriku, keluarga dan seluruh mukminin dan mukminat Ya Allah , maka aku memohon kepadaMu Ya Allah agar aku ditemukan dengan jodoh  yang terbaik di sisiMu Ya Allah. Setiap yang terbaik di sisiMu Ya Allah , pasti terbaik buat diriku Ya Allah.

Namun Ya Allah, jika masanya untuk dipertemukan dengan jodohku belum tiba Ya Allah, maka Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar KAU tunjukkan jalan-jalan untuk aku memiliki jodohku Ya Allah. Aku memohon agar Kau tunjukkan aku tuntutun-tuntutanMu yang perlu aku lakukan untuk memiliki jodohku Ya Allah.

Ya Allah, Tuhan yang Maha Memakbulkan doa, Tuhan yang Maha Penentu jodoh, Ya Allah jauhilah aku daripada segala kemaksiatan di dunia ini, jauhilah aku daripada perkara-perkara yang tidak dapat memberikan manfaat, jauhilah aku dariapda perkara-perkara yang Engkau murkai dan perkara-perkara yang menyesatkan diriku Ya Allah

Ya Allah ya tuhanku,
Seandainya dia adalah jodohku Ya Allah , KAU bukakanlah  hati dia Ya Allah  untuk menerimaku Ya Allah , KAU dekatkan lah hati dia dengan hatiku  Ya Allah  KAU permudahkanlah jodoh ku dengan dia Ya Allah  serta KAU satukanlah kami Ya Allah  dalam satu ikatan suci Ya Allah  iaitu ikatan perkahwinan

Ya Allah, ya rahman, ya rahim
Seandainya dia bukan jodohku Ya Allah kau kurniakanlah padaku ketenangan dalam menerima ketentuan yang telah KAU tetapkan untuk diriku diatas muka bumu ini Ya Allah. Dan aku mohon pada-MU Ya Allah, KAU pertemukanlah aku dengan insan yang benar2 ikhlas blh menerimaku dengan seadanya aku Ya Allah, taat akan perintah-MU Ya Allah, serta mampu untuk membimbing keluarga yang bakal bersatu nanti ke jalan yang KAU redhai..amin ya rabbal alamin.

Wednesday, February 23, 2011

GADISKU YANG ISTIMEWA

Duhai gadisku...engkau sungguh mahal di mata lelaki, Dirimu sungguh indah di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika engkau mengetahui keindahan dan kemuliaan dirimu sendiri.

Duhai gadisku...imanmu adalah perisai kebal, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali engkau membiarkan syaitan mengotori imanmu apatah lagi agama yang kau yakini hanya kerana nikmat duniawi dan semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang begitu berharga hanya kerana nafsu yang tidak ada penghujungnya di dunia yang fana ini.
A.R
Duhai gadisku...biarlah tawaduk dan malumu lebih menggunung daripada kejelitaan dan keanggunanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilakumu. Biar kebijaksanaanmu terpancar oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun engkau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan kuatnya keimanan Sumaiyah kepada Rabnya.

Duhai gadisku...jadikan agamamu sebagai akar tunjang yang memperkasakan akidahmu. Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah Duhai gadisku insan yang paling bahagia di dunia mahupun di akhirat.

Monday, February 21, 2011

BERSUMPAH DEMI WAKTU

Berikut merupakan antara surah-surah di dalam Al-Quran yang memaparkan waktu sesuatu kejadian ilahi. Mungkin kita hairan Apakah tujuan waktu ini dinurkilan pada permulaan ayat pada surah-surah ini ? Allah S.W.T berfirman tentang waktu pada permulaan ayat setiap surah ini adalah bertujuan memberi peringatan kepada manusia tentang kepentingan waktu dalam kehidupan ini.
Demi waktu dhuha (matahari sepenggalahan naik) (Ad-Dhuha 93)
Demi masa (Al-Asr 103)
Demi matahari dan cahayanya di pagi hari (Asy-Syams 91)
Demi fajar (Al-Fajr 89)
Demi malam apabila menutupi (cahaya siang) (Al-Lail 91)
Demi langit dan yang datang pada malam hari (At-Tariq)
TIME IS GOLD ?

Logik ker waktu diibaratkan dengan emas ? yeop tidak sependapat dengan kenyataan di atas. Cuba kekawan fikir-fikirkan bersama. Emas mampu dibeli walaupun sangat mahal sedangkan waktu adalah sebaliknya. Waktu yang telah berlalu tidak mungkin akan kembali atau ditukar-ganti. 

Justeru itu, Hargailah setiap detik kehidupan kita agar kita tidak melakukan perkara yang sia-sia dan membuatkan kita terjerumus ke lembah kehinaan. Sebaiknya disemai dengan perkara yang bermanfaat lagi membawa keredhaan Allah S.W.T 

waktu ini ibarat air batu. Sampai masanya akan cair. Sama ada kita guna atau tidak guna pasti akan cair…”

waktu ibarat pedang! Jika kita tidak menggunakan untuk memotong, ia akan memotong kita

Saturday, February 19, 2011

HAPPY BIRTHDAY YEOP

Alhamdulillah, bersyukur sangat yeop kerana dapat lagi diberi peluang untuk menyambut hari kelahiran yeop. Sebenarnya tak rancang pun nak sambut, tapi tetiba je kawan beli kek untuk yeop. Sangat terharu ada kekawan cam ni
Hurm...sedar tak sedar dah dewasa yeop sekarang ni. Macam dalam mimpi jer (hahaha). Dulu masa kecik-kecik nak cepat dewasa tapi sekarang macam rindu lak hendak kembali ke zaman dulu-dulu. Ini semua ketentuan Allah S.W.T, manusia lahir dari kecil hingga dewasa mengikut peredaran masa.
kita fikir meningkat dewasa sesuatu yang hebat tetapi mungkin hanya segelintir yang sedar, usia semakin meningkat tetapi umur semakin berkurangan (kematian). Persiapan kita untuk menghadapi akhir kalam yang penting. Moga yeop dan kekawan diberi taufik dan hidayah oleh-Nya untuk menjalani kehidupan di dunia ini dengan memperoleh Keredaan-Nya. Insha’Allah

Thursday, February 17, 2011

SUNGAI CONGKAK

Kali ini yeop ingin berkongsi pengalaman yeop berkelah bersama-sama rakan-rakan setaman yeop ke Sungai Congkak. Pada mula nya perkelahan ini tidak dirancang langsung oleh kami. Kawan yeop bernama K.A telah merancang sehari sebelum hari perkelahan. Dia post kat facebook dalam group yang yeop wujudkan untuk kami setaman. Kelam-kabut lah dibuatnya. Mana tak nya banyak benda kena disediakan untuk berkelah. Bukan main gerak begitu sahaja

Antara persoalan kami sebelum ke sana ialah:
  • Berapa manusia yang nak kena bawa?
  • Hendak naik kereta siapa?
  • Berapa ringgit mahu korbankan?
  • Solat kat mana?
  • Barang Makanan sapa nak beli?
  • Cara BBQ?
Dan macam-macam lagi lah

Nasib baik hari yang dirancang tidak bertindah dengan aktiviti lain, dapat juga yeop merasa untuk berendam kat Sungai Congkak tu. Seramai 8 orang termasuk seorang gadis turut serta dalam ekspedisi kali ini.Kami telah berpakat hendak bertolak seawal 8.00 pg, tetapi manusia merancang, Allah menentukan takdir.



Kami bertolak dalam pukul 8.30 pg kerana yeop terlewat datang. Masa minggu tu Keluarga yeop balik kampung, yeop kena lah buat kerja rumah sebelum keluar (anak soleh konon). Dengan mengunakan sebanyak 3 buah kereta (kereta yeop  salah satunya) kami menyusur jalan yang tidak pernah dilalui sebelum ini untuk ke sana.

Setelah lama menaiki kereta akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Parking Di Sungai Congkak kena RM 3 dan sekepala RM 1.Keadaan di sana agak indah kerana telah dijaga dengan baik. 

Kami berjalan kaki sejauh 500manggaran) + bawa barangan memasak + pakaian (sangat penat). Perkara pertama yang kami lakukan ialah bersihkan tempat dan menghidupkan api untuk bbq makanan kami.


Setelah bersuka-ria akhirnya kami pun packing barang dan bertolak pulang dalam waktu asar. Pengalaman di sana sangat berharga hingga yeop tidak dapat untuk ceritakan satu per satu. Moga yeop dapat pergi ke tempat yang lebih seronak lain kali. Insha’Allah

Wednesday, February 16, 2011

KEEGOANMU

Sampai sekarang yeop masih tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi. mana silapnya? Keegoan memang permainan syaitan yang halus.Antara sedar atau tidak sahaja. Kalau orang yang tamak selalu rugi, apa pula untuk orang yang ego yang tinggi, apa pula? tepuk dada tanya iman.

Masalah ego yang paling ketara ialah kemaafan.Disebab ego manusia berat untuk memohon maaf walaupun masalah berlaku perkara kecil.


Sebuah persahabatan yang murni akan hancur dengan keegoan sebelah pihak. Ini cerita tentang sahabat yeop yang dulu sering bertepuk-tampar dengan bersaja. Tetapi kini keadaan itu adalah hanya tinggal sejarah silam dalam ingatan yeop. Puas yeop memerah otak mencari punca segala permasalahan dan kekusutan dalam persahabatan kami.

HablumminAllah dan Hablumminannas

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.[3:103]

Hablun atau tali ini boleh dilihat dalam surah Ali Imran: 103
Tali dgn Allah bermaksud apa yg mengikat manusia dgn Allah.
Tali dgn manusia pula ialah apa yg mengikat manusia sesama manusia.

Kunci penyelesaian segala masalah adalah hubungan kita dengan Rab kita iaitu ALLAH S.W.T. Dengan memperbaiki hubungan dengan pencipta kita justeru hubungan dengan manusia akan tersendiri akan diperbaiki. Insha’Allah

Yeop sudah beberapa kali memohon maaf kepada dia tetapi masih tiada reaksi positif. Bila persengketaan ini akan berakhir hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Monday, February 14, 2011

KETAKUTAN SYAITAN

Permulaan pengenalan seorang manusia yang dengan syaitan bermula di waktu subuh yang dingin. Setelah didapati manusia ini mempunyai sifat yang disukai oleh syaitan, maka syaitan pun selalu mendampingi manusia ini Ketika waktu subuh berakhir dan manusia itu masih tidak mengerjakan solat, maka syaitan pun sambil tersenyum,

Syaitan :  "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!"

Akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan. Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat, syaitan tersenyum lebar,

Syaitan : "Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti!"

Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asyik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam dan kelu

Kemudian ketika datang waktu maghrib,temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah, senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya berubah-rubah seolah-olah sedang mengingat-ingat sesuatu.

Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panic dan serabut. syaitan rupanya tidak dapat menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,

Syaitan : "Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita!"Dengan kehiranan manusia ini bertanya,

Manusia :"Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat?".

Syaitan : "Aku takut!", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja ku saksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud padaAllah).Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka dan azab Allah S.W.T kepadamu!", kata syaitan sambil beredar pergi."

Kesimpulannya, kita hendaklah menjaga solat kita dan sebaik-baiknya secara berjemaah di masjid atau surau. Dengan ini, kita dapat menghindari Syaitan dari menjadikan kita sebagai sahabatnya. Renung-renungkan lah gambar di bawah.


Sunday, February 6, 2011

ADAKAH TAUBATKU DITERIMA?

Petanda taubat seseorang diterima apabila lahir pada diri seseorang itu perasaan :

1.  Dia mengetahui dirinya tidak terpelihara dari dosa ( Ma’sum )

2.  Dalam hatinya tidak ada kegembiraan sebenar tetapi apa yang ada hanyalah kesedihan.

2.  Sentiasa mendekatkan diri dengan orang-orang soleh, alim ulamak dan menjauhi orang-orang jahat.

3.  Dunia ini anugerah yang terlalu sedikit tetapi di Akhirat terlalu banyak anugerah dari Allah.

4.  Sentiasa sebut perkara-perkara ketaatan terhadap perintah Allah SWT.

5.  Tenang dan yakin dengan janji-janji Allah SWT.

6.  Sentiasa memelihara lidah.

7.  Sentiasa bertafakkur.

8.  Sentiasa sedih dan kesal di atas perbuatan yang lalu.

Friday, February 4, 2011

STUDY SKILL


Kajian menunjukkan bahawa:


1. kita ingat 10 % apa yang dibaca

2. kita ingat 20% apa yang didengar

3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat

4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan

5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan

Thursday, February 3, 2011

PETUA KECANTIKAN

kekawan mesti sukakan keindahan dan kecantikan, berikut adalah beberapa petua harian yang patut kita amalkan. Petua ini bukan sahaja berkesan malah mendapat pahala dan bermanfaat untuk kita semua. Insha Allah


    1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, solat, zikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan zikir dan do’a.

3. Untuk awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad). - ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...