Thursday, February 17, 2011

SUNGAI CONGKAK

Kali ini yeop ingin berkongsi pengalaman yeop berkelah bersama-sama rakan-rakan setaman yeop ke Sungai Congkak. Pada mula nya perkelahan ini tidak dirancang langsung oleh kami. Kawan yeop bernama K.A telah merancang sehari sebelum hari perkelahan. Dia post kat facebook dalam group yang yeop wujudkan untuk kami setaman. Kelam-kabut lah dibuatnya. Mana tak nya banyak benda kena disediakan untuk berkelah. Bukan main gerak begitu sahaja

Antara persoalan kami sebelum ke sana ialah:
  • Berapa manusia yang nak kena bawa?
  • Hendak naik kereta siapa?
  • Berapa ringgit mahu korbankan?
  • Solat kat mana?
  • Barang Makanan sapa nak beli?
  • Cara BBQ?
Dan macam-macam lagi lah

Nasib baik hari yang dirancang tidak bertindah dengan aktiviti lain, dapat juga yeop merasa untuk berendam kat Sungai Congkak tu. Seramai 8 orang termasuk seorang gadis turut serta dalam ekspedisi kali ini.Kami telah berpakat hendak bertolak seawal 8.00 pg, tetapi manusia merancang, Allah menentukan takdir.



Kami bertolak dalam pukul 8.30 pg kerana yeop terlewat datang. Masa minggu tu Keluarga yeop balik kampung, yeop kena lah buat kerja rumah sebelum keluar (anak soleh konon). Dengan mengunakan sebanyak 3 buah kereta (kereta yeop  salah satunya) kami menyusur jalan yang tidak pernah dilalui sebelum ini untuk ke sana.

Setelah lama menaiki kereta akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Parking Di Sungai Congkak kena RM 3 dan sekepala RM 1.Keadaan di sana agak indah kerana telah dijaga dengan baik. 

Kami berjalan kaki sejauh 500manggaran) + bawa barangan memasak + pakaian (sangat penat). Perkara pertama yang kami lakukan ialah bersihkan tempat dan menghidupkan api untuk bbq makanan kami.


Setelah bersuka-ria akhirnya kami pun packing barang dan bertolak pulang dalam waktu asar. Pengalaman di sana sangat berharga hingga yeop tidak dapat untuk ceritakan satu per satu. Moga yeop dapat pergi ke tempat yang lebih seronak lain kali. Insha’Allah

1 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...