Wednesday, February 23, 2011

GADISKU YANG ISTIMEWA

Duhai gadisku...engkau sungguh mahal di mata lelaki, Dirimu sungguh indah di mata lelaki dan terlalu mulia di sisi Penciptamu. Namun itu semua hanya jika engkau mengetahui keindahan dan kemuliaan dirimu sendiri.

Duhai gadisku...imanmu adalah perisai kebal, agamamu adalah landasanmu di setiap langkah yang kau atur. Jangan sesekali engkau membiarkan syaitan mengotori imanmu apatah lagi agama yang kau yakini hanya kerana nikmat duniawi dan semata-mata. Jangan kau gadaikan maruahmu yang begitu berharga hanya kerana nafsu yang tidak ada penghujungnya di dunia yang fana ini.
A.R
Duhai gadisku...biarlah tawaduk dan malumu lebih menggunung daripada kejelitaan dan keanggunanmu, biar keayuanmu terpancar dek kerana lemah gemalainya perilakumu. Biar kebijaksanaanmu terpancar oleh tingginya ilmumu. Jangan sesaat pun engkau lupa setianya Masyitah pada Tuhannya, agungnya kasih Khadijah kepada agamanya dan kuatnya keimanan Sumaiyah kepada Rabnya.

Duhai gadisku...jadikan agamamu sebagai akar tunjang yang memperkasakan akidahmu. Biar kesabaranmu menjadi benteng perjuanganmu dan lebarkan imanmu dengan sejuta lapis sifat mahmudah. Jadilah Duhai gadisku insan yang paling bahagia di dunia mahupun di akhirat.

3 kritikan:

kindergartenlibrary said...

so sweet !

Sky b4 Pinky said...

nice..entry...

alyf said...

thx u vry much
diharap perkongsian membawa manfaat :)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...