Saturday, February 19, 2011

HAPPY BIRTHDAY YEOP

Alhamdulillah, bersyukur sangat yeop kerana dapat lagi diberi peluang untuk menyambut hari kelahiran yeop. Sebenarnya tak rancang pun nak sambut, tapi tetiba je kawan beli kek untuk yeop. Sangat terharu ada kekawan cam ni
Hurm...sedar tak sedar dah dewasa yeop sekarang ni. Macam dalam mimpi jer (hahaha). Dulu masa kecik-kecik nak cepat dewasa tapi sekarang macam rindu lak hendak kembali ke zaman dulu-dulu. Ini semua ketentuan Allah S.W.T, manusia lahir dari kecil hingga dewasa mengikut peredaran masa.
kita fikir meningkat dewasa sesuatu yang hebat tetapi mungkin hanya segelintir yang sedar, usia semakin meningkat tetapi umur semakin berkurangan (kematian). Persiapan kita untuk menghadapi akhir kalam yang penting. Moga yeop dan kekawan diberi taufik dan hidayah oleh-Nya untuk menjalani kehidupan di dunia ini dengan memperoleh Keredaan-Nya. Insha’Allah

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...