Thursday, January 6, 2011

TRANSFORMASI DUNIA SIARAN

Sesuai dengan namanya. Sebagai sebuah saluran TV yang berciri Islamik, mungkin ramai yang masih belum mengetahui bahawa TV AlHijrah sebenarnya mempunyai garis panduan yang agak ketat dan harus dipatuhi oleh syarikat penerbitan drama sebelum menghasilkan sesebuah drama untuk siaran saluran TV yang mula ke udara pada 7 Disember tahun lepas itu.



·        Antaranya, setiap pelakon wanita diwajibkan untuk memakai tudung tidak kira untuk sebarang watak yang dilakonkan.
·        Pelakon lelaki dan wanita pula tidak boleh bersentuhan meskipun berlakon sebagai pasangan suami isteri.

Yeop Memberi sokongan 100 peratus terhadap garis panduan TV AlHijrah  tersebut, yeop menyifatkan kemunculan saluran TV tersebut sebagai satu transformasi dalam dunia hiburan tanah air seperti Astro Oasis. Memang ada segelintir pihak yang mungkin sukar untuk menerima garis panduan berkenaan. 

Namun bagi yeop, bila difikirkan semula apa yang telah ditetapkan, itu lebih banyak kebaikan sebenarnya dan para pelakon wajarlah mematuhinya. Mana tidaknya asyik-asyik terbuka sana ketat sini, rimas mata tengok (dapat dosa kering je) moga rancangan yang disiarkan membawa manfaat kepada kita semua

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...