Thursday, October 25, 2012

KAU PERGI JUE


Setiap yang bernyawa pasti dan pasti merasai MAUT. Walau sekuat dan sesihat mana kita selalu, MAUT datang tanpa diduga dan menjemput dengan pelbagai cara mengikut amalan masing-masing. MAUT tidak mengira usia, kalau telah ketentuan illahi tiada siapa boleh menghalangnya.


Telah seminggu arwah opah kesayangan yeop dijemput Allah S.W.T, yeop masih terasa sayu dan pilu bila terkenang arwah yang pernah menjaga yeop ketika waktu kecil dahulu (the memories still fresh within me).

Waktu kecil, yeop dijaga oleh kedua-dua nenek (belah ayah dan ibu). Masa tadika nenek belah mak yang jaga (telah arwah), selepas itu darjah satu hingga tiga dijaga oleh opah belah ayah. Mereka sangat berjasa bagi yeop selepas famili.

Yeop sempat pergi ke hospital untuk mengunjunginya sebelum arwah "pergi" keesokan harinya. Hari tu yeop agar sibuk dengan masalah projek akhir tahun, setelah dapat panggilan yang tidak diduga pagi itu, yeop terus bergerak ke hospital (Alhamdulillah hari itu tak ada kelas).

Setiba yeop disana, telah ramai saudara-mara berkumpul di wad opah. Yeop terus kesisi opah lalu membaca surah yassin untuknya. Bacaan yeop agak perlahan dan tersekat-sekat kerana yeop tak dapat nak tahan air mata yang sangat deras mengalir ke pipi, ramai saudara yang turut menangis melihat yeop. Suasana yang sangat pilu menyelubungi wad opah.

Peratusan opah untuk selamat sangat tipis, kami hanya mampu membaca yassin dan berdoa agar dimudahkan segalanya. Semua persiapan khairat kematian telah dirancang dari awal lagi agar segalanya berjalan lancar. Alhamdullilah, arwah opah telah selamat dikebumikan, moga arwah dirahmati Allah dan bersama para solehah (Amin).

0 kritikan:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...